Click here for Myspace Layouts

Thursday, 17 January 2013

Rutin Harian Sekarang





sekarang budak inilah yang aku jaga, hingga tidak terjaga rumah... hehe..

Friday, 9 March 2012

Doa Mendapat Jodoh Yang Terbaik

..●❤● بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ●❤●.

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara.

Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.

Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

Sunday, 27 November 2011

:( Miss My Family :'(

inilah keluargaku yang dirindui..
Gambar ni dah lama.. Tapi ini sahajalah gambar sekeluarga yang ada dalam simpanan ku sekarang.. Semuanya cz pendrive aku hilang entah ke mana masa pindah hari tu.. Ishk.. Ishk..
Banyak juga kenangan yang tidak boleh di ulang tayang dalam pendrive 2..


Aku dah masuk 3 bulan tak balik Johor.. Sebelum ni pindah Pahang.. Bulan 6 tahun 2011 ni baru pindah Johor semula.. Tapi sekarang kat Kulai, Johor.. Dekat jela dengan rumah atok aku di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor..


Sebenarnya aku memang selalu macam di gambar ni.. Selalu terlindung.. terutama bila ambil gambar keluarga atau kelas.. Sama ada aku yang tidak pandai pilih tempat, cuaca atau masa yang tidak tepat.. Tidak pulalah aku ketahui..


Paling susah bagi aku adalah time first time nak buat keputusan untuk keluar dari rumah..
Sungguh bagi aku itu keputusan paling berani aku pernah buat dalam hidup aku buat masa ini..
Dalam masa 21 tahun aku hidup di dunia ini..


Pernah aku berharap aku tak nak membesar..
Aku nak duduk uma dengan mak and ayah aku sahaja..
Bukan itu sahaja..
Aku juga tidak mahu kedua-dua orang tuaku menjadi tua dan mendapat sakit..


Aku mahu waktu mereka sakit, walaupun tidak dapat menolong banyak..
Aku ada di sisi mereka..
Aku rasa aku masih perlukan keputusan mereka..
Aku masih perlukan tunjuk ajar mereka..
Aku berterima kasih pada seseorang..
Kerana selalu bertanyakan sama ada aku telah minta pendapat ummi dan walid
Apabila aku telah membuat keputusan..
Terutama soal belajar dan bekerjaku..
Sungguh aku pernah buat keputusan untuk tidak memberitahu mereka tentang keadaanku..
Aku ingin diamkan sehingga masalah ini dapat di selesaikan
Tetapi dia (yang kini 25/5/2016, hanya tinggal kenangan) menasihatiku..


Terima kasih sayang kerana telah membuat hari2 ku kini lebih bermakna..
Aku benar-benar bersyukur di pertemukan denganmu..

Thursday, 24 November 2011

Saya tak cari... ~~ Saya cari.. ^-^


  • Saya tak cari lelaki yang sanggup buat semua benda untuk saya..
  • Saya tak cari lelaki yang boleh tunaikan apa sahaja kemahuan saya..
  • Saya tak cari lelaki yang ikut telunjuk saya..
  • Saya tak cari lelaki yang romantik..
  • Saya tak cari lelaki yang akan belikan saya hadiah macam teddy bear selalu..
  • Saya tak cari lelaki yang setiap hari puji saya..
  • Saya tak cari lelaki yang kata saya baik setiap kali saya tanya kenapa pilih saya..
  • Saya tak cari lelaki yang pilih saya sebab saya pandai masak..
  • Saya tak cari lelaki yang percaya setiap apa yang saya katakan..
  • Saya tak cari lelaki yang hanya pandang saya bila keluar bersama..
  • Saya tak cari lelaki yang kenalkan saya pada semua kawan dia..
  • Saya tak cari lelaki yang pada first time jumpa dah kata tertarik pada saya..
  • Saya tak cari lelaki yang menjadikan saya ilham dia..
  • Saya tak cari lelaki yang ingin tahu semua perkara tentang saya..