![]() |
| inilah keluargaku yang dirindui.. |
Banyak juga kenangan yang tidak boleh di ulang tayang dalam pendrive 2..
Aku dah masuk 3 bulan tak balik Johor.. Sebelum ni pindah Pahang.. Bulan 6 tahun 2011 ni baru pindah Johor semula.. Tapi sekarang kat Kulai, Johor.. Dekat jela dengan rumah atok aku di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor..
Sebenarnya aku memang selalu macam di gambar ni.. Selalu terlindung.. terutama bila ambil gambar keluarga atau kelas.. Sama ada aku yang tidak pandai pilih tempat, cuaca atau masa yang tidak tepat.. Tidak pulalah aku ketahui..
Paling susah bagi aku adalah time first time nak buat keputusan untuk keluar dari rumah..
Sungguh bagi aku itu keputusan paling berani aku pernah buat dalam hidup aku buat masa ini..
Dalam masa 21 tahun aku hidup di dunia ini..
Pernah aku berharap aku tak nak membesar..
Aku nak duduk uma dengan mak and ayah aku sahaja..
Bukan itu sahaja..
Aku juga tidak mahu kedua-dua orang tuaku menjadi tua dan mendapat sakit..
Aku mahu waktu mereka sakit, walaupun tidak dapat menolong banyak..
Aku ada di sisi mereka..
Aku rasa aku masih perlukan keputusan mereka..
Aku masih perlukan tunjuk ajar mereka..
Aku berterima kasih pada seseorang..
Kerana selalu bertanyakan sama ada aku telah minta pendapat ummi dan walid
Apabila aku telah membuat keputusan..
Terutama soal belajar dan bekerjaku..
Sungguh aku pernah buat keputusan untuk tidak memberitahu mereka tentang keadaanku..
Aku ingin diamkan sehingga masalah ini dapat di selesaikan
Tetapi dia (yang kini 25/5/2016, hanya tinggal kenangan) menasihatiku..
Terima kasih sayang kerana telah membuat hari2 ku kini lebih bermakna..
Aku benar-benar bersyukur di pertemukan denganmu..

No comments:
Post a Comment
Trimas ^^